Syariat nabi ibrahim..
B. Arab
Riyandi4321
Pertanyaan
Syariat nabi ibrahim..
2 Jawaban
-
1. Jawaban jessica426
DARI segi sejarah, ibadah haji seperti sekarang ini merupakan syariat dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, sebagai langkah memperbaharui dan menyambung ajaran Nabi Ibrahim a.s. Ibadah haji mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun keenam hijrah, mengikuti turunnya Surah al-Imran: 97:
“Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (antaranya) maqam Ibrahim; sesiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia; mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah; Sesiapa mengingkari (kewajipan haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.”
Pada tahun tersebut, Rasulullah SAW bersama-sama lebih kurang 1,500 orang berangkat ke Mekah untuk menunaikan fardu haji tetapi tidak dapat mengerjakannya kerana dihalang oleh kafir Quraisy sehingga melahirkan Perjanjian Hudaibiah.
Perjanjian itu membuka jalan bagi perkembangan Islam, di mana pada tahun berikutnya (tahun ketujuh hijrah), Rasulullah SAW mengerjakan umrah bersama-sama 2,000 orang umat Islam. Pada tahun kesembilan hijrah, barulah ibadah haji dapat dikerjakan, Baginda menyerahkan kepada Sayidina Abu Bakar r.a. untuk memimpin 300 orang umat Islam mengerjakan haji.
RASULULLAH SAW MENGERJAKAN HAJI
Nabi Muhammad SAW menunaikan fardu haji sekali saja dan umrah empat kali semasa hayat Baginda. Haji itu dinamakan Hijjatul Wada, Hijjatul Balagh, atau Hijjatuttamam Wal Kamal kerana tidak berapa lama selepas itu Baginda wafat.
Baginda berangkat dari Madinah pada 25 Zulkaedah tahun ke-10 Hijrah bersama isteri, sahabat-sahabatnya dan kira-kira 90,000 orang Islam. Setelah menginap satu malam di Zu’alhulaifah, sekarang dikenali dengan nama Bir Ali, 10 kilometer dari Madinah, esoknya Nabi Muhammad SAW, mengenakan pakaian ihram diikuti seluruh anggota rombongan. Mereka berjalan bersama-sama dengan pakaian putih yang melambangkan kesederhanaan dan persamaan.
Dengan sepenuh hati Baginda menyerahkan wajahnya kepada Allah dan mengucapkan talbiah sebagai tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah SWT, diikuti Muslimin di belakangnya.
Dalam kita menghambakan diri kepada Allah SWT pada urusan ibadah haji ini, tiada perbezaan pangkat, warna kulit, keturunan, bangsa dan sebagainya. Sesungguhnya ini adalah pandangan terindah bahawa semua manusia adalah sama di hadapan Allah SWT. Apa yang jelas ibadah haji ini memberikan keinsafan dan memenuhi seruan untuk saling mengenali, berkasih sayang, keikhlasan hati dan semangat ukhuwah Islamiah yang tinggi.
Pada 4 Zulhijah, rombongan Nabi Muhammad SAW memasuki Mekah dan menuju ke Kaabah, melakukan tawaf dan mencium Hajar al-Aswad. Sesudah tawaf, Baginda mengerjakan solat dua rakaat di Makam Ibrahim, lalu mencium Hajar al-Aswad untuk kedua kalinya. Kemudian menghadapkan wajahnya ke arah Bukit Safa, lalu berlari-lari kecil antara Bukit Safa dan Bukit Marwah.
Pada 8 Zulhijah iaitu pada Hari Tarwiyah, Baginda ke Mina bersama rombongannya. Selama satu hari melakukan solat dan tinggal bersama rombongan. Malamnya, pada saat fajar muncul dan selepas mengerjakan solat subuh, dengan menunggang untanya, al-Qashwa’, dan pada saat matahari sudah mula kelihatan, Baginda menuju ke Padang Arafah. Dalam perjalanan yang diikuti ribuan manusia, mereka mengucapkan talbiah dan bertakbir.
Pada 9 Zulhijah (yang pada waktu itu adalah hari Jumaat), Baginda Rasulullah SAW melakukan wukuf di Arafah, kemudiannya berkhutbah di hadapan lebih 90,000 orang yang mengelilinginya.
Itulah peristiwa bersejarah yang dikenal dengan ‘al-Hijjatul Wada’ atau ‘Haji Perpisahan’. Peristiwa yang begitu memberikan kesan dan merupakan kesimpulan sempurnanya ajaran Islam dan sunahnya yang diwariskan kepada masyarakat Islam.
Khutbah terakhir Rasulullah SAW
Ketika itu, khutbah berlangsung di bawah panas matahari yang mampu membakar ubun-ubun dan didengari oleh ribuan umat. Umayyah bin Rabi’ah bin Khalaf diminta mengulangi setiap kalimat yang Baginda sampaikan, agar didengari di tempat yang jauh. Petang harinya, rombongan Rasulullah SAW bergerak ke arah Muzdalifah untuk bermalam di sana.
Menjelang pagi, rombongan menuju ke Mina untuk melakukan lontaran jamrah al Kubra (Aqabah), menyembelih ternakan korban. Kemudian menuju Baitullah untuk melaksanakan Tawaf Ifadhah dan kembali lagi ke Mina untuk melanjutkan lontaran di jamrah.
Rasulullah SAW menyempurnakan semua rukun dan wajib -
2. Jawaban ejenali2
menyembelih anaknya ismail yang Allah ganti dengan kambing
maaf jika salah
semoga membantu☺